Halaman

Selasa, 26 Februari 2013

My 25th B-Day



Assalamualaikum semua.. Semalam, 25 Februari 2013 adalah hari kelahiran aku yang ke 25.. Alhamdulillah, aku berasa syukur, selama 25 tahun nie aku masih lagi diberikan peluang oleh Allah s.w.t untuk membaiki kesilapan diri serta mendekatkan lagi diri kepada Allah. 

Semalam jugak, aku diberitahu oleh kawan aku Nafisah, seorang kawan kami, Mohd Ainul Fauzei Bin Mohd Aman, telah kembali ke rahmatullah.. Aku berasa sangat2 terkejut, sedih dan seakan tidak percaya yang arwah telah meninggalkan kami.. Arwah seorang yang sangat baik.. Kami sama2 mengambil jurusan Diploma Planting Industry Management (DPIM Batch 66) di UiTM Arau,  Perlis, tahun 2006-2009.. Mungkin ade antara korang yang dah baca berita ini.. Arwah salah seorang mangsa yang terkorban dalam kemalangan bas ekspres di Bukit Tagar.. Kemalangan tersebut sangat ngeri.. Tak dapat nak digambarkan bagaimana agak perasaan keluarga arwah.. Arwah masa tu sedang dalam perjalanan untuk pulang ke USM, Penang..

Sekiranya ajal kita telah ditentukan Allah, kita tidak dapat mengelak.. Kita yang hidup, hendaklah sentiasa ingat akan Allah.. Janganlah sesekali kita alpa.. Sama2 lah kita sedekahkan Al-Fatihah buat kawan aku dan juga mangsa lain yang telah terkorban.. Semoga roh mereka di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman.. 



P/S: Aku tak sanggup nak post gambar kemalangan tu.. Sape2 yang nak baca maklumat kanjut mengenai kejadian tu, klik di sini:  http://www.sinarharian.com.my/mobile/semasa/3-maut-15-cedera-bas-ekspres-terbabas-dekat-bukit-tagar-1.134196


Tiada ulasan: