Halaman

Khamis, 25 Oktober 2012

Lebih elok kalau jual mahal =)



Assalamualaikum.. Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha yang akan bakal tiba esok kepada semua umat Islam di Malaysia =) Kepada jemaah haji, semoga mereka mendapat haji yang mabrur dan selamat pulang ke tanah air.. 


Hari nie aku nak kongsi mengenai hati dan perasaan.. Sebagai peringatan untuk diri aku sendiri dan juga kepada kawan2 serta gadis2 di luar sana.. Bukan ape, kebanyakkan kaum wanita nie, selalu sangat dipermainkan.. Ingat kami semua nie tak de hati dan perasaan ke?? Kami nie hanya patung yang tak bernyawa?? Kejam kan orang yang suka menipu, tahu nak mempersendakan perasaan dan hati orang lain..


Sebelum dapat pikat, punya lah baik giler.. Lepas dapat pikat, layan macam sampah.. Kalau la kat hati tu tak berniat langsung nak jadikan orang yang dipikat tu sebagai isteri yang sah, baik je berhenti lakukan ape yang terdetik kat hati tu.. Tak elok nak main2kan orang.. Kalau kena kat batang hidung sendiri, baru tahu macam mana sakit bila cinta dikhianati.. 


Ntah bila sakit dan luka tu nak sembuh dan hilang.. Kalau luka yang boleh nampak, senang nak disembuhkan.. Kalau hati yang luka, ambil masa2 bertahun2.. Silap2, langsung tak sembuh pun..


Sebagai langkah kalau tak nak hati kita disakiti begitu teruk sekali, kita kena la jual mahal =).. Layan orang yang nak pikat kita tu, nak tak nak je.. Kalau orang tu betul2 ikhlas nak kenal dan kawan dengan kita, dia akan bersabar dengan sikap kita.. Terima apa jua sikap kita.. Betul tak?? Kita janganlah mudah menunjukkan perasaan sebenar kita kat orang tu.. Kena ambil masa yang lama untuk kenal hati budi dia.. Orang yang nampak innocent nie la yang paling bahaya.. Pandai nak menipu orang dengan muka baik dia.. 


Kita janganlah terburu-buru dalam menjalinkan hubungan yang serius.. Lagi2 dengan orang yang baru kita kenal.. Tak kisah la kenal kat laman sosial, kawan baik kita yang kenalkan dan bermacam2 cara lagi.. Buruk padah nye kalau kita tersilap langkah.. Biarlah kita mengambil masa yang lama untuk berfikir dan bertindak agar kita tidak mudah diperdaya dan ditipu.. Don't judge the book by its cover.. 


Dengan satu tindakan yang bijak, kita tidak akan berasa sakit hati =).. Kesimpulannya, wajib jual mahal.. Betul tak??







P/S: Ibaratkan hati semahal emas nie tau.. Jagalah hati anda baik2 sehingga anda benar2 temui pemilik hati anda yang betul2 ikhlas menerima diri anda kerana Allah =)





Tiada ulasan: