Halaman

Jumaat, 3 April 2015

Doorgift Aqiqah, Pertunangan, Perkahwinan Dan Lain-Lain =)


Assalamualaikum..

Bagi mereka yang bakal mengadakan majlis aqiqah, pertunangan ataupun perkahwinan, tentunya ingin memberi doorgift yang menarik untuk tetamu. Qaseh Doorgift dapat membantu anda yang masih mencari-cari doorgift yang sesuai. Anda boleh layari blog ini: http://qasehdoorgift.blogspot.comBlog Qaseh Doorgift sebenarnya blog saya juga. Hehe. Nak promote blog saya kat anda semua. 


Harga doorgift In Shaa Allah berpatutan dan mampu milik. Ok, saya pun tak nak cite panjang. Jemput la view blog saya. Terima kasih sudi baca ;)






Isnin, 7 Oktober 2013

Himpunan kata-kata mutiara yang dapat memberi kekuatan. Insya allah =)


Assalamualaikum.. Hai, korang sume sihat? Harap2 korang sume sihat2 belaka ek.. Nak share kata-kata mutiara dengan korang.. Tak kesah la mengenai kehidupan kita, dugaan yang terjadi or jodoh barangkali.. Aku tak pandai nak bermadah2 nie.. Copy and taip balik je.. Hehe..

Meh sambung baca ;)


1. Mutiara kata mengenai kehidupan/dugaan

  • Kadangkala Allah hilangkan sekejap matahari, lalu Allah turunkan guruh dan kilat. Puas kita menangis, mencari matahari, rupa-rupa nya, Allah nak hadiahkan pelangi
  • Allah tidak memberi apa yang kita hendak, tetapi Allah memberi apa yang kita perlu
  • Allah adalah kekuatan. Untuk mencari kekuatan, carilah Allah
  • Tiada kejayaan yang datang tanpa usaha yang gigih
  • Doa adalah senjata orang mukmim
  • Jangan pernah jemu berdoa kerana Allah tidak pernah jemu mendengar doa hambaNya

2. Mutiara kata mengenai jodoh
  • Kita tak pernah single kerana Allah sentiasa ada bersama-sama kita
  • Tidak mengapa tiada si dia, asalkan Dia ada
  • Jika memilih, pilihlah yang terbaik. Jika dipilih, jadilah yang terbaik
  • Walau digenggam kuat, andai ia bukan milik kita, ia terlepas jua. Walau ditolak ke tepi, andai ia untuk kita, ia mendatang jua. Itulah jodoh
  • Jika masih gagal dalam menemukan jodoh, bererti Allah menyiapkan jodoh yang lebih baik untukmu
  • Kalau suka, tak semestinya bercinta. Kalau bercinta, tak semestinya ada jodoh. Kalau ada jodoh, takkan ke mana jua

P/S: Apa-apa pun cabaran dan dugaan yang menimpa, tempuhlah dengan sabar dan tabah. Ingat bahawa Allah sentiasa ada bersama-sama kita.
Sama-samalah kita muhasabah diri =)


Selasa, 20 Ogos 2013

Otak-otak ikan



Assalamualaikum.. Nak share dengan korang satu resipi otak-otak ikan.. Sebenarnye, resipi nie, bukan resipi aku sendiri.. Aku dapat pun dari internet.. Kebetulan hari Jumaat lepas, aku try la buat otak-otak ikut resipi nie.. Alhamdulillah, ok gak rasa nye.. Cuma, tak cukup lama aku bakar otak-otak tu.. Insya allah, kalo bakar lama, mesti sedap rasa nye.. 

Sapa2 yang teringin nak cuba, leh tengok resipi kat sini ek Resipi otak-otak ikan 


Inilah rupa otak-otak yang aku buat..
Hehe..

Ok, nak share sikit cara yang agak mudah (tak berapa mudah sebenarnye, hehe) untuk asingkan isi ikan daripada tulang ikan.. 

1. Kuarkan insang ikan.. Pastu, belah perut ikan sampai ke ekor..
2. Bersihkan perut dan darah2 ikan
3. Basuh ikan sampai bersih sume darah2 ikan
4. Bila dah bersih ikan tu, letak ikan atas papan pemotong dan ketuk ikan guna batu lesung 
5. Tarik kuar tulang ikan di bahagian tengah.. Asingkan isi ikan dari kulit
6. Kena hati-hati semasa memilih isi ikan sebab tulang ikan tenggiri agak halus di bahagian insang nye
7. Pastu, boleh di blend isi ikan tu
Selamat mencuba =) Selamat Hari Raya Aidilfitri (walaupun dah agak lewat sebenarnye, tetap gak nak ucap.. hehe)





Selasa, 25 Jun 2013

Floria 2013






Assalamualaikum.. Hai semua?? Sihat?? Harap2 korang semua sihat.. Maklumlah, sekarang kan musim jerebu.. Jaga tau kesihatan korang semua.. Jangan lupa minum air banyak2.. Patut nye, musim jerebu sekarang nie kena dok diam kat umah.. Tapi semalam (24 Jun 2013), aku, mak, kakak dan adik sempat lagi berkunjung ke Floria 2013.. Hehe


Best sangat2.. Banyak tul spesies orkid dan juga bunga2 yang ade kat sana.. Tak rugi kalo korang ke sana.. Parking dan bayaran masuk pun percuma =) Tapi korang kena la pakai mask kalo nak kuar tu.. Pastu, jangan lupa bawa air sekali..


Meh aku share antara gambar2 yang aku amik semalam =)














P/S: Kepada yang belum berpeluang lagi ke Floria 2013, cepat2 la ke sana ye..  
       Nak tau lebih lanjut leh klik kat sini http://www.ppj.gov.my/putrajayafloria/