Halaman

Isnin, 7 Oktober 2013

Himpunan kata-kata mutiara yang dapat memberi kekuatan. Insya allah =)


Assalamualaikum.. Hai, korang sume sihat? Harap2 korang sume sihat2 belaka ek.. Nak share kata-kata mutiara dengan korang.. Tak kesah la mengenai kehidupan kita, dugaan yang terjadi or jodoh barangkali.. Aku tak pandai nak bermadah2 nie.. Copy and taip balik je.. Hehe..

Meh sambung baca ;)


1. Mutiara kata mengenai kehidupan/dugaan

  • Kadangkala Allah hilangkan sekejap matahari, lalu Allah turunkan guruh dan kilat. Puas kita menangis, mencari matahari, rupa-rupa nya, Allah nak hadiahkan pelangi
  • Allah tidak memberi apa yang kita hendak, tetapi Allah memberi apa yang kita perlu
  • Allah adalah kekuatan. Untuk mencari kekuatan, carilah Allah
  • Tiada kejayaan yang datang tanpa usaha yang gigih
  • Doa adalah senjata orang mukmim
  • Jangan pernah jemu berdoa kerana Allah tidak pernah jemu mendengar doa hambaNya

2. Mutiara kata mengenai jodoh
  • Kita tak pernah single kerana Allah sentiasa ada bersama-sama kita
  • Tidak mengapa tiada si dia, asalkan Dia ada
  • Jika memilih, pilihlah yang terbaik. Jika dipilih, jadilah yang terbaik
  • Walau digenggam kuat, andai ia bukan milik kita, ia terlepas jua. Walau ditolak ke tepi, andai ia untuk kita, ia mendatang jua. Itulah jodoh
  • Jika masih gagal dalam menemukan jodoh, bererti Allah menyiapkan jodoh yang lebih baik untukmu
  • Kalau suka, tak semestinya bercinta. Kalau bercinta, tak semestinya ada jodoh. Kalau ada jodoh, takkan ke mana jua

P/S: Apa-apa pun cabaran dan dugaan yang menimpa, tempuhlah dengan sabar dan tabah. Ingat bahawa Allah sentiasa ada bersama-sama kita.
Sama-samalah kita muhasabah diri =)