Halaman

Ahad, 30 September 2012

Nikmatnya perpisahan insan bercouple


Assalamualaikum semua. Tadi aku baru sahaja lihat website I Luv Islam. Rasa nye ramai yg dah tau mengenai tazkirah2 kat situ. Saje aku nk post kat sini. Untuk mengingatkan diri aku sendiri dan menjadi panduan untuk semua. X salah kan nk share ape yang perlu.

Jom baca =)








"Aku memang sangat mencintainya. Tapi aku terpaksa clash dengan dia.."
"Kenapa pulak?"
"Sebab aku selalu ingat dia sampai aku selalu lupa Allah."

Beruntung siapa dapat kekasih sepertinya. Bayangkanlah.. Tentu dia sudah dapat merasai penangan cinta daripada Allah sehingga sanggup untuk berpisah dengan insan yang selalu disayanginya dengan cara yang salah.
Ya.. begitulah.. Memilih untuk berpisah kerana Allah adalah keputusan yang sangat bijak. Itulah pilihan iman sebenarnya. Apabila menyedari diri sering terjebak dengan dosa ketika ber'couple', iman yang ada dalam diri pasti akan menegur. Sangat terbaik orang yang sanggup menerima teguran daripada iman itu.

Cepat-cepatlah terima teguran iman di hati sebelum nafsu mengambil alih. 
Sememangnya terbaik. Itulah keputusan yang membawa manfaat buat dirinya dan kekasihnya. Bercintalah. Tapi buatlah keputusan untuk tidak ber'couple'. Selepas keputusan itu dibuat, akan berkurang atau tiada lagi episod-episod berpegangan tangan, bersentuh-sentuhan, bermanja-manjaan, membuang masa bersama, tinggalkan solat bersama, dan macam-macam lagi yang tidak sepatutnya berlaku sebelum kahwin. Masing-masing terhindar daripada maksiat dan dosa.
Itu barulah 'saling menyayangi' namanya. Mahu berpegangan tangan hingga ke Syurga atau ke Neraka? Tiada siapa yang mahu bersama ke Neraka bukan? Namun siapa yang betul-betul mahu bersama hingga ke Syurga?

Kadang-kadang kita merasakan nikmat ber'couple' itu terlalu indah. Lalu kita suka. Tapi sebenarnya itu hanya sangkaan. Mainan nafsu. Direct to the point, ber'couple' (sebelum nikah) tidak baik untuk kita. Sebab itu Allah mengizinkan berlakunya 'kehilangan' atau perpisahan. Kerana 'kehilangan' atau perpisahan yang kita tidak suka itu sebenarnya baik untuk kita.

Allah 'Azza Wa Jalla berfirman;
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu.Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui"
(Surah al-Baqarah ayat 216)
"biarlah kita kehilangan si dia kerana Allah. Jangan kita kehilangan Allah kerana si dia."







Jom masak


Assalamualaikum, salam sejahtera para penonton.. Hari nie, saya nak ajar satu resepi.. Idea asal resepi nie drp arwah opah saya.. Opah saya org Jawa, tp mak saya bkn.. Cuma dibesarkan oleh opah saya.. Rasanye x ramai yang pernah makan masakan macam nie.. Hehe.. Mengarut lak tghari buta mcm nie.. Sebenarnya aku nk share satu resepi yg aku masak utk lunch tadi.. Lauk nie antara lauk kegemaran aku.. Sedap tau.. Kalo berminat, leh try.. Kat bawah ade resepi nye..

                                                            

Udang masak tempoyak


Bahan-bahan:

1. Udang - 500 gram
2. Santan pekat - 1/2 cawan
3. Bawang besar - 1 biji (dihiris bulat2)
4. Bawang putih - 1 biji (dihiris halus2)
5. Cili merah - 2 tangkai (dihiris serong) "Kalau nak pedas, leh tukar dengan cili padi"
6. Halia - 1 inci
7. Lengkuas - 1/2 inci
8. Tempoyak - 3 sudu besar
9. Garam dan gula (secukup rasa)


Cara-cara:

1. Panaskan minyak, goreng udang terlebih dahulu. Goreng sampai udang bertukar menjadi merah dan angkat udang itu.
2. Gunakan minyak gorengan udang tadi untuk menumis bahan-bahan lain. Masukkan bawang putih, halia dan lengkuas. Kacau sehingga agak garing, masukkan pula bawang besar, diikuti dengan cili merah.
3. Masukkan garam dan kacau. Masukkan tempoyak, kacau, masukkan pula santan pekat dan gaul sebati.
4. Masukkan pula gula dan rasa kuah tersebut.
5. Akhir sekali, masukkan udang yang telah digoreng tadi.

"Senang kan resepi nie.. Selamat mencuba.. =)"




Inilah hasil nye..

Sabtu, 29 September 2012

Jangan bagi harapan


Harapan 
Harapan menjadi layu
Ingin ku bahgia bersama 
Menjadi kenangan
Memburu impian masa kita 
Selama nya..



Ape la yg aku merepek pasal lagu Harapan-Hyper Act lak nie?? Hehe.. Sebenarnye, post aku hari ini x de kaitan langsung dgn lirik lagu nie. Aku saje nk berceloteh mengenai perangai dan hati budi orang (kaum adam).. Akus sedar diri aku pun x sempurna mana, banyak keburukan dari kebaikan.. Aku nk bagi nasihat, kalau dah bagi harapan kat orang, kena la tunaikan.. Harapan tu kan ibarat janji.. Kena la tepati.. Tak elok memungkiri janji.. Kebanyakkan orang (kaum adam) suka mungkir janji.. Kalo dah tau macam tu, x payah nk bagi orang mengharap OK!! Hehe.. Emo lak aku nie.. Kpd kaum hawa pun, jangan la bagi harapan palsu kat org.. X baik la nk main2 kan perasaan orang.. Hidup kita nie kan sementara je kat bumi Allah nie.. Perkara yg x elok tu, Allah akan bayar cash.. So, ingat2 la ye.. 

Khamis, 27 September 2012

Allah s.w.t masih sayang


Hidup kita sebagai hamba Allah di dunia nie, slalu menyebabkan kita alpa dan terleka. Bila ditimpa musibah, baru la teringat kat Tuhan, iaitu Allah. Cinta kita yg terlampau kpd manusia menyebabkan Allah menjadi murka, dan sekelip mata cinta itu hilang. Bersyukur lah kerana Allah memberi peluang kepada kita utk memperbaiki diri menjadi insan yg lebih bertaqwa. Jodoh, pertemuan, ajal dan maut sume terletak di tangan Nya. Jika kita merasa sedih, ingat lah Allah dan yakin bahawa Allah telah menetapkan jodoh yg sesuai utk umat Nya. Jadi, bercinta lah kerana Allah kerana cinta itu kekal selama nya.

"Harap2 la aku leh berubah ke arah yg lebih baik lps nie :)"

Jumaat, 21 September 2012

Perwatakan melalui jenis darah


Nak tau x cm mn perwatakan korg mengikut jenis darah?? Jom baca kat bwh nie.. 


  • Darah O
Seorang yang setia, sabar, dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Darah O juga bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang dilakukan terutama kerja berkumpulan. Individu ini juga akan berusaha untuk mencapai matlamat dalam apa cara sekalipun sekiranya menginginkan sesuatu. Darah O juga cemburu orangnya. Selain itu juga, sangat serius dalam persaingan sehingga menyebabkan stress kepada diri sendiri.

  • Darah A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat individu ini. Mereka gemar kerja2 berkumpulan dan gemar terlibat dalam persatuan. Bijak bergaul dengan orang sekeliling dan orang di samping mereka berasa senang untuk bekerjasama. Mempunyai sifat sensitif, sabar dan bertimbang rasa. Namun ada kalanya agak degil dan kuat bekerja sampai tak cukup rehat.

  • Darah B
Sempoi dan sederhana. Dalam perhubungan pula, terlalu jujur dan gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Kreatif, fleksible, dan mudah meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun golongan kelompok tertentu. Kadangkala boleh menyebabkan masalah kerana individu ini gemar berdikari dan tidak suka meminta tolong.

  • Darah AB
Tenang, bijak mengawal situasi dan menghormati orang lain. Sikap humor semulajadi yang ada dalam diri mereka menyebabkan mereka bersikap menghiburkan dan ceria. Perlu berani dan bijak membuat keputusan sendiri.

Jom belajar bahasa Mandarin =)


Hari nie rsa nk refresh blk bhsa mndrin yg dh aku bljr dlu.. Rindu la nk ckp bhsa nie tp xtau nk ckp dgn sape.. Aku nk share ckit dgn korg.. Yg basic je la.. Bhsa mndrin nie pun ade gak tanda2 harakat cm dlm tajwid tu.. Tapi kat cni xleh la nk wat.. Aku bkn nk kekwat ke ape tau.. Just nk share ape yg aku tau la.. X slh kan?? Ckp byk la pulak.. Ok2, kat bwh nie antara perkataan2 yg basic ek..

Panggilan dlm famili:-

  1. Ayah - papa/fucin
  2. Mak - mama/mucin
  3. Kakak sulung - ta jie
  4. Kakak- jie jie
  5. Abang sulung - ta ge
  6. Abang - gege
  7. Adik lelaki - didi
  8. Adik perempuan - mei mei

Pekerjaan:-
  1. Doktor - yisheng
  2. Pengurus - jingli
  3. Setiausaha - mishu
  4. Cikgu - laoshi

Perkataan2 seharian:-
  1. Hensem - yingjun
  2. Cantik (utk org) - piaoliang
  3. Comel - ke ai
  4. Cantik (utk pemandangan) - mei
  5. Jujur - laoshi
  6. Hari ini - jintian
  7. Semalam - mingtian
  8. Esok - zuotian
  9. Bulan - yue
  10. Baju - yifu
  11. Banyak - henduo

Byk lg perkataan2 lain.. Sesiapa yg berminat, leh amik kelas bahasa nie.. Best tau..Byk kelebihan n faedah nye.. Leh tmbh pengetahuan n leh guna bila nk bekerje nnt.. X rugi n membazir pun.. ;)

Khamis, 20 September 2012

New post...


Rindu aku kat blog nie.. Lma tul x update.. (kalo update pun, ade org yg baca ke??) hehe.. syok sendiri la pulak.. x pe la, ikut ska aku la nk wat ape pun kan?? blog sendiri.. leh la tulis ape pun.. byk giler sawang2 kat blog nie.. aku nk tukar blk sume.. template dh tukar.. yela utk ceria.. kna la hepi2 sbb nak awet muda kan?? ape la yg aku mengarut nie.. ok la.. nnt nk fikir lg post baru, nk bagi blog aku lebih awesome.. cewah.. x tau nk ckp ape.. masuk lif, tekan sendiri lak.. haha..x sabar nie nak cari idea2 baru utk update nie.. bye2..