Halaman

Khamis, 25 Oktober 2012

Jom buat checklist untuk KONVO =)



Assalamulaikum.. Hehe.. Hari nie pulun nak update sampai 2 post sekali =).. Ade tak antara korang, graduan dari UiTM yang akan menghadiri istiadat konvokesyen ke-77 pada 24 November 2012-6 Disember 2012 nanti?? Kalau ade, jom buat checklist kat bawah nie.. Takut kalau ade tertinggal ape-ape kan?? Kalau tak de, x pe.. Mana tau korang bakal2 graduan nanti.. Boleh check gak ape yang perlu dibuat ok =)


Checklist untuk konvo:


  1. Sahkan maklumat peribadi (12/7/2012 - 18/9/2012)
  2. Semak saman dan denda universiti (18/9/2012 - 17/10/2012)
  3. Cetak bil konvo dan buat bayaran di Bank Islam (24/10/2012 - 17/11/2012)
  4. Cetak kajian pengesanan graduan (24/10/2012 - 17/11/2012)
  5. Cetak dan baca panduan istiadat konvokesyen (24/10/2012 - 17/11/2012)
  6. Sahkan kehadiran dan cetak borang pinjaman jubah (24/10/2012 - 17/11/2012)






P/S: UiTM di hati ku =) Selamat berkonvo






Lebih elok kalau jual mahal =)



Assalamualaikum.. Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha yang akan bakal tiba esok kepada semua umat Islam di Malaysia =) Kepada jemaah haji, semoga mereka mendapat haji yang mabrur dan selamat pulang ke tanah air.. 


Hari nie aku nak kongsi mengenai hati dan perasaan.. Sebagai peringatan untuk diri aku sendiri dan juga kepada kawan2 serta gadis2 di luar sana.. Bukan ape, kebanyakkan kaum wanita nie, selalu sangat dipermainkan.. Ingat kami semua nie tak de hati dan perasaan ke?? Kami nie hanya patung yang tak bernyawa?? Kejam kan orang yang suka menipu, tahu nak mempersendakan perasaan dan hati orang lain..


Sebelum dapat pikat, punya lah baik giler.. Lepas dapat pikat, layan macam sampah.. Kalau la kat hati tu tak berniat langsung nak jadikan orang yang dipikat tu sebagai isteri yang sah, baik je berhenti lakukan ape yang terdetik kat hati tu.. Tak elok nak main2kan orang.. Kalau kena kat batang hidung sendiri, baru tahu macam mana sakit bila cinta dikhianati.. 


Ntah bila sakit dan luka tu nak sembuh dan hilang.. Kalau luka yang boleh nampak, senang nak disembuhkan.. Kalau hati yang luka, ambil masa2 bertahun2.. Silap2, langsung tak sembuh pun..


Sebagai langkah kalau tak nak hati kita disakiti begitu teruk sekali, kita kena la jual mahal =).. Layan orang yang nak pikat kita tu, nak tak nak je.. Kalau orang tu betul2 ikhlas nak kenal dan kawan dengan kita, dia akan bersabar dengan sikap kita.. Terima apa jua sikap kita.. Betul tak?? Kita janganlah mudah menunjukkan perasaan sebenar kita kat orang tu.. Kena ambil masa yang lama untuk kenal hati budi dia.. Orang yang nampak innocent nie la yang paling bahaya.. Pandai nak menipu orang dengan muka baik dia.. 


Kita janganlah terburu-buru dalam menjalinkan hubungan yang serius.. Lagi2 dengan orang yang baru kita kenal.. Tak kisah la kenal kat laman sosial, kawan baik kita yang kenalkan dan bermacam2 cara lagi.. Buruk padah nye kalau kita tersilap langkah.. Biarlah kita mengambil masa yang lama untuk berfikir dan bertindak agar kita tidak mudah diperdaya dan ditipu.. Don't judge the book by its cover.. 


Dengan satu tindakan yang bijak, kita tidak akan berasa sakit hati =).. Kesimpulannya, wajib jual mahal.. Betul tak??







P/S: Ibaratkan hati semahal emas nie tau.. Jagalah hati anda baik2 sehingga anda benar2 temui pemilik hati anda yang betul2 ikhlas menerima diri anda kerana Allah =)





Selasa, 23 Oktober 2012

Insya Allah jodoh akan datang =)







Ku menunggu =)




Assalamualaikum.. Tadi baru je stalker blog Yuyu nie.. Aku baru je jadi follower dia.. Ramai yang dah lama jadi follower dia, aku baru je nak ikut gak jadi follower.. Hehe.. Agak ketinggalan kereta api betul aku nie.. Aku tertarik sebenarnye dengan topik yang Yuyu post kat blog.. Pasal tips untuk mendapat pasangan yang kekal http://kupukupukecik.blogspot.com/2011/04/tips-untuk-mendapat-pasangan-yang-kekal.html#.UIZMW2_A_Bk


Semua yang dia bagitau, aku rasa semua nye betul, benar lagi bernas =).. So, aku pun berazam untuk mengikut tips adik Yuyu yang comel nie.. Tak salah kita berubah untuk kebaikan.. Keyword untuk dapat jodoh yang baik adalah berubah ke arah kebaikan.. Mendekatkan diri kita kepada Allah.. Mengenai nawaitu kita, kena la betul sebenarnye.. Nawaitu kita kadang2 negatif dari awal2 perkenalan, macam mana nak kekal ke alam perkahwinan kan?? Kena ubah nawaitu kita.. Apa-apa pun, Allah S.W.T paling penting dalam segala urusan =) Mohon la supaya dapat jodoh yang baik..


Lagi satu, kita berbuat baik kepada kedua ibu bapa.. Dengar nasihat dan pandangan diaorang.. Aku pun bukan anak yang baik sebenarnye.. So, lepas nie insya allah, aku akan berubah menjadi anak dan hamba Allah yang lebih baik daripada sekarang.. 


Selain ibu bapa, buat baik kat orang lain gak.. Kalo boleh, jangan sakiti hati sesiapa pun.. Agak susah sebenarnye untuk kita tak sakiti hati orang lain.. Yela, kadang2 kita tak sedar ape yang kita dah cakap tu sebenarnye buat orang lain terasa.. Kepada sesiapa yang mengenali aku (ade ke??), kalo aku ade buat salah dan silap, buat korang terasa (yela, mulut aku nie jenis tak de insurans), aku mohon ampun dan maaf ek.. "Peace, no war" (tiba2 lak mereng, cian.. Hehe)



P/S: Post nie hanya pendapat peribadi aku semata-mata =)



Sabtu, 20 Oktober 2012

Hati perempuan yang lembut








Assalamualaikum.. Cepat tul masa berlalu kan?? Sedar2 dah hari Sabtu.. X lama lagi nak Hari Raya Aidil Adha lak.. Dunia nak akhir zaman.. Semakin pantas berputar.. Ya Allah, janganlah Kau sesatkan dan biarkan hambaMu terus hanyut dan leka dengan kesenangan di dunia ini.. Ingatkan lah mereka akan hari akhiratMu.. Amin..



Back to the story, tiba2 lak aku dapat ilham nak kongsi pasal hati perempuan (aku pun perempuan gak).. Lepas dh stalker blog Kak Nurul (http://nurulbadiah.blogspot.com), dapat lak idea nak tulis kat blog aku nie.. Cantik Kak Nurul tu =).. Ok2.. Kalau tanya orang lelaki, macam mana nak pikat hati perempuan, sure diorang tau kan?? Ade ke yang x tau?? Pelik bunyi nye kalo ade lelaki yang x tau macam mana nak pikat.. Tanya lah pada yang pakar.. Hehe..



Memang la hati perempuan sangat la lembut.. Diorang pun (termasuk aku: perlu ke nak mention?? haha) sangat la mudah rasa terharu, rasa tersentuh.. Kalo kena dengan cara nye la.. Tapi bukan semua la.. Kebanyakkan nye.. Yela, warna rambut perempuan kat Malaysia nie semua sama (walaupun ramai yang blond sekarang, hehe) tapi hati lain2 kan?? Even aku dengan kakak2 aku pun lain hati nye.. 



Nape hati perempuan nie lembut?? Sebab Allah yang ciptakan perempuan nie dengan sifat lemah lembut, penyayang, pemaaf dan semua lagi perkataan "PE" kat depan (haha, ape lagi??).. Perempuan juga lah yang ade rahim, boleh mengandung, boleh melahirkan.. Sebab nye, mereka ini banyak sifat2 keibuan.. Bayangkan lah kalau lelaki yang mengandung?? Macam mana tu?? Silap2, kandungan pun leh tercicir kot..Yela, kurang nye sifat prihatin nie.. Hehe.. Gurau je.. 



Ramai perempuan yang dipermainkan oleh lelaki kerana sifat nye yang lembut.. Mereka juga senang percaya dan mudah simpati terhadap orang lain.. Tetapi jangan lupa, perempuan juga kadangkala berdendam OK!! So, lelaki kat luar sana yang pernah permainkan perasaan perempuan, WATCH OUT.. 



P/S: Tak de motif ape2 pun bila nak kongsi pasal hati perempuan. Saje menggedik, sibuk nk update blog :P





Jumaat, 19 Oktober 2012

Pesan pada diri





Assalamualaikum.. Mesti ramai yang pernah baca mengenai mutiara kata kat bawah nie kan?? Aku ingin memperingatkan kepada diri aku sendiri dan kepada sahabat2 kat luar sana.. Ingat pesanan nie sampai bila2..




Pesan pada diri,
Jangan tersalah memberikan HATI,
Pada insan yang tak sudi,
Pada insan yang tak mengerti,
Kerana, sekali kau memberi,
Selamanya dia di HATI,
Apabila sesekali kau dilukai,
Sampai bila-bila tetap kau akan ingati

Pesan pada diri,
Berhati-hatilah dalam memberikan HATI,
Berikan ia hanya pada insan yang tahu menghargai,
Sebab nilai sekeping HATI
Amatlah tinggi,
Jangan sampai membuat
Hati terasa dinodai












Ahad, 14 Oktober 2012

Nape bibir kering??



Assalamualaikum.. Hai.. Nak tanya la, bibir korang ade tak kering sejak kebelakangan nie?? Macam aku, bibir agak kering and merekah.. Agak pelik sebenarnye, macam mana leh jadi ek?? Apa punca-punca nye?? Aku merajinkan lah diri untuk search pasal nie.. Yela, sambil tu nak update blog la konon2 nye.. Haha.. Ade ke yang sudi nak baca?? Just nak share la info =) Bila dh tau punca2 bibir kering, leh la elakkan daripada berulang kan.. Let's check it out



Punca-punca bibir kering:


  • Pencemaran udara dan debu 
  • Perubahan suhu membuat bibir pecah 
  • Makanan yang terlalu masam atau masin 
  • Merokok (tidak pernah aku lakukan, tapi bibir kering gak)
  • Kurangnya makan buah atau sayuran (macam aku la tu, hehe )
  • Kurang minum air kosong (betul rasa nye coz aku minum air kurang dar 2 liter)
  • Bahan kosmetik seperti gincu yang mengandungi kimia 
  • Kecenderungan menjilat bibir menjadikan ia lebih kering (tabiat yang aku suka buat :P)                     





  • Cara untuk mengatasi:

  • Gunakan pelembap bibir sebelum tidur 
  • Sinar matahari juga menyebabkan bibir kering. Elakkan berada di bawah terik matahari terlalu lama. Kalau terpaksa, gunakan pelembap bibir dengan pelindung sinar matahari 
  • Sebelum membeli gincu, perhatikan kandungannya. Pilih yang ada kandungan pelembap
  • Minum banyak air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari 
  • Pilih sayur dan buah yang mengandungi vitamin C, B, E dan mineral 
  • Jauhi rokok kerana kandungan kimianya menyebabkan bibir hitam 
  • Sapukan madu sebelum tidur 
  • Urut lembut bibir dengan minyak zaitun bagi melancarkan peredaran darah
  • Sapu mentega pada bibir sebelum tidur bagi mengekalkan tahap kelembapan 
  • Jangan menjilat bibir



  • Aku nak try la cara2 kat atas nie.. Untuk korang yang mengalami masalah sama macam aku, cuba la cara2 kat atas nie.. Good luck ek =)



    Klik kat sini untuk baca lebih lanjut :

    http://www.hmetro.com.my/articles/Bibirmerekahtandajangkitanvirus/Article





    Khamis, 11 Oktober 2012

    Pelupusan ayat-ayat suci Al-Quran



    Assalamualaikum.. Aku nk wat dua post sekali hari nie.. Pernah dengar x mengenai cara-cara nak lupuskan ayat Al-Quran nie.. Tadi aku cari info pasal nie.. Dah lama sebenarnye nak cari.. Baru hari nie teringat.. Ish2, macam la byk sgt masalah negara nk kena fikir kan?? Hari nie la baru sibuk nak cari.. Cian kat mak aku.. Dia dah lama suh anak2 dia tengok kat tenet, cari la segala maklumat pasal alamat, harga sume la.. Rasa2 nye korang pun maybe dah tau.. Or yg belum tau, aku nak share.. Sharing is caring =).. Kita x leh nk lupuskan ayat2 Al-Quran nie sembarangan je.. Kna tau cara2 yg betul.. So, lebih afdal la kita cari je agensi yg bertauliah untuk lupuskan ayat2 Al-Quran.. Lagi senang macam tu kan?? Ok la, daripada aku pot pet pot pet je, kat sini link nye..Korang leh la tgk.. Hehe

    Pusat pelupusan ayat-ayat Al-Quran:
    http://lupusquran.blogspot.com/2012_03_01_archive.html

    Sabtu, 6 Oktober 2012

    Menabung untuk masa depan =)



    Assalamualaikum.. Hari nie tergerak lak nak tulis mengenai menabung.. Ala, bosan je kan topik camni.. Hehe.. X pe la, saje aku nk share pendapat aku pasal menabung nie.. Mesti ramai yg ade simpanan sendiri kan?? X kisah la kat bank ke, ASNB ke, kat rumah (dalam tabung, dalam almari, bawah tilam dan sebagai nye).. Bagus kan kalo ade simpanan sendiri.. Time kecemasan leh guna duit tu.. Time kawin ke?? *--* Ish2.. Gatal sungguh.. Bagi yang dah bekerja, mesti korang x de masalah untuk menabung kan?? Yela, pas dah tolak duit untuk bayar kereta, rumah sewa, duit minyak, duit mkn.. At least,dlm sebulan mesti korang leh simpan lebih drp RM 50 kan?? Masuk dlm ASNB, dlm setahun dpt la dividen nye.. Leh la kuar kan, beli ape yg patut.. Kalo student, masalah ckit la nk menabung nie.. Tapi korang pun blh menyimpan gak.. No problem.. Korang leh simpan duit syiling dalam tabung yg comel.. Duit syiling tu nak dpt dari mana ek?? Jatuh dari langit ke?? Hehe.. Mengarut sungguh aku nie.. Maksud aku, duit syiling itu adalah baki daripada belanja korang.. Katakanlah, hari nie korang beli nasi bungkus.. Ade balance dalam 50 sen, 50 sen tu la korang masuk dalam tabung.. Memang la ckit kan?? Tapi, ckit2 pun leh jadi banyak tau.. Kalo kita simpan duit syiling, tak terasa pun hilangnye duit tu.. Berbanding nak simpan RM 1,2 atau RM 5.. Kita rasa agak susah kan nak simpan?? Korang try la menabung duit syiling start dari hari nie.. Lama2 jadi banyak gak.. X rugi pun.. "Selamat menabung =) "





    Khamis, 4 Oktober 2012

    Tips untuk menangani stress



    Assalamualaikum semua. Rasa2 nye, setiap hari kita akan berada dalam keadaan stress. Tak kira la sama ada time bekerja, study, kat jalan raya, even kat rumah pun kadang2 stress memanjang. Apa kata korang cuba tip2 kat bawah nie. Mudah2an, kurang sikit tekanan. Janganlah asyik nak berkerut je muka tu. Nanti x comel lak. Hehe. Keep smile ;)


    1. Senyum =)

    Tekanan dapat dikurangkan apabila kita senyum =)


    2. Bersendirian

    Ambil sedikit masa bersendirian untuk mencari ketenangan dan berfikir secara positif.


    3. Bertenang

    Tarik nafas dalam2 dan hembus. Insya allah, stress dapat dikurangkan.


    4.  Ingatlah pada Allah

    Buat suruhan Allah dan meninggalkan larangan Nya.


    5. Bersikap ceria

    Ingatlah bahawa, hidup kita di dunia ini hanya lah sementara. So, enjoy your life as long tak melanggar syariat Islam ye..






    Nak lagi tip2 untuk tangani stress, klik di sini:
    http://pakarhowto.com/cara-bagaimana/10-cara-menangani-stress.html





    Selasa, 2 Oktober 2012

    Jom kenali personaliti melalui warna kegemaran




    1. Pink (merah jambu)

    Lambang feminin. Gadis yang gemarkan warna ini sangat sweet, sensitif, lembut, dan gemarkan gaya keperempuanan. Gemar berfesyen dan suka nampak cantik. Walaupun nampak lembut, tapi tak gentar pada cabaran.



    2. Hijau

    Tidak hanya melambangkan kesegaran. Hijau berupaya menenangkan perasaan dan jiwa seseorang. Gadis yang menyukai warna hijau sukakan keamanan, tidak mudah panik dan tenang. Mudah didekati walau sedikit pendiam dan pemalu.



    3. Merah

    Tanda cinta dan simbol keberanian. Gadis yang suka warna merah memiliki personaliti yang menarik tetapi sukar dijangka. Sifat ingin mencuba dan berani memang mudah dilihat dalam diri mereka. Mereka juga memiliki sifat anggun dan seksi semulajadi.



    4. Kuning

    Senyuman dan gelak tawa cukup sinonim dengan gadis yang gemar warna kuning. Mereka jarang berwajah muram, sentiasa ceria, happy go lucky dan easy going. Mereka juga suka membuat orang lain ketawa.



    Klik di sini untuk lihat lebih lanjut:
    http://www.eh.com.my/fokus/fesyen/kenali-karakter-melalui-warna-kegemaran#4