Halaman

Rabu, 28 November 2012

Jom buat checklist untuk KONVO (2)



Assalamualaikum =).. Korang semua sihat ke?? Harap sihat la ye.. Sekarang nie kan cuaca tak menentu.. Kejap panas, kejap2 hujan lak.. Kena la jaga kesihatan tau.. Ok la, straight to the point.. Tak nak membebel  pasal cuaca nie.. Bukan nak buat kaji cuaca kan?? Hehe.. Kalo kat UiTM Shah Alam, hari nie dah Sidang ke 9 dan 10 kan?? Sape2 yang dah konvo tu, mesti rasa happy kan?? Tak sabar nak tunggu turn aku lak +_+.. Aku Sidang ke 21 (second last).. Lambat lagi..


Jom continue wat checklist konvo:


  1. Cetak bil konvo dan buat bayaran di Bank Islam (24/10/2012 - 17/11/2012)
  2. Cetak kajian pengesanan graduan (24/10/2012 - 17/11/2012)
  3. Cetak dan baca panduan istiadat konvokesyen (24/10/2012 - 17/11/2012)
  4. Sahkan kehadiran dan cetak borang pinjaman jubah (24/10/2012 - 17/11/2012)
  5. Ambil jubah konvo (jangan lupa bawa sekali borang pinjaman jubah, resit bayaran konvo dan kajian pengesanan graduan)
  6. Hadiri majlis konvo =)






Kad jemputan




Sorry sebab gambar x berapa clear.
Beg nie sebenarnye warna purple








Jumaat, 9 November 2012

Rumah bertukar menjadi restoren??



Assalamualaikum.. Hari nie aku tak ade idea nak tulis sebenarnye.. Saje la nak cerita cikit pasal insiden pagi tadi.. Cerita nye macam nie.. Aku tengah lap kereta aku dalam kul 10.30 pagi.. Ade la seorang Uncle Cina nie, bawa lori dan berhenti berdekatan dengan rumah aku..


Uncle tu pun turun dari lori dan tegur aku.. Dia tanya, " Adik, ade peti ais ribena kan kat sini??" Aku pun pandang dia dengan muka blur-blur.. Dia tunjuk resit kat aku.. Ade la alamat restoren rupa nye.. Dia nak ambil peti ais ribena kat restoren tu.. Nama restoren tu Rezeki Al-Mubarak..


Rasa-rasanye sape yang dok kat area rumah aku tu, mesti tau restoren tu kat mana kan?? Patut la Uncle tu leh salah gi kat rumah aku, sebab nye, nombor restoren tu kebetulan sama dengan nombor rumah aku.. Lawak la.. Aku pun tanya la Uncle tu, " Tau ke 99 Speedmart?? Rezeki Al-Mubarak tu kat deret situ la.." Dia siap tanya lagi, " Ini bukan rumah tauke ke??" Aku pun jawab la dengan senyuman manis ( ceh, perasan giler), "Bukan". Kaya giler la famili aku kalau ayah aku owner restoren.. Haha..


Uncle tu pun ucap Thank you dan pergi cari restoren tu.. 



P/S: Mesti tak lawak kan?? Haha.. Perasan sorang2 je.. 



Khamis, 25 Oktober 2012

Jom buat checklist untuk KONVO =)



Assalamulaikum.. Hehe.. Hari nie pulun nak update sampai 2 post sekali =).. Ade tak antara korang, graduan dari UiTM yang akan menghadiri istiadat konvokesyen ke-77 pada 24 November 2012-6 Disember 2012 nanti?? Kalau ade, jom buat checklist kat bawah nie.. Takut kalau ade tertinggal ape-ape kan?? Kalau tak de, x pe.. Mana tau korang bakal2 graduan nanti.. Boleh check gak ape yang perlu dibuat ok =)


Checklist untuk konvo:


  1. Sahkan maklumat peribadi (12/7/2012 - 18/9/2012)
  2. Semak saman dan denda universiti (18/9/2012 - 17/10/2012)
  3. Cetak bil konvo dan buat bayaran di Bank Islam (24/10/2012 - 17/11/2012)
  4. Cetak kajian pengesanan graduan (24/10/2012 - 17/11/2012)
  5. Cetak dan baca panduan istiadat konvokesyen (24/10/2012 - 17/11/2012)
  6. Sahkan kehadiran dan cetak borang pinjaman jubah (24/10/2012 - 17/11/2012)






P/S: UiTM di hati ku =) Selamat berkonvo






Lebih elok kalau jual mahal =)



Assalamualaikum.. Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha yang akan bakal tiba esok kepada semua umat Islam di Malaysia =) Kepada jemaah haji, semoga mereka mendapat haji yang mabrur dan selamat pulang ke tanah air.. 


Hari nie aku nak kongsi mengenai hati dan perasaan.. Sebagai peringatan untuk diri aku sendiri dan juga kepada kawan2 serta gadis2 di luar sana.. Bukan ape, kebanyakkan kaum wanita nie, selalu sangat dipermainkan.. Ingat kami semua nie tak de hati dan perasaan ke?? Kami nie hanya patung yang tak bernyawa?? Kejam kan orang yang suka menipu, tahu nak mempersendakan perasaan dan hati orang lain..


Sebelum dapat pikat, punya lah baik giler.. Lepas dapat pikat, layan macam sampah.. Kalau la kat hati tu tak berniat langsung nak jadikan orang yang dipikat tu sebagai isteri yang sah, baik je berhenti lakukan ape yang terdetik kat hati tu.. Tak elok nak main2kan orang.. Kalau kena kat batang hidung sendiri, baru tahu macam mana sakit bila cinta dikhianati.. 


Ntah bila sakit dan luka tu nak sembuh dan hilang.. Kalau luka yang boleh nampak, senang nak disembuhkan.. Kalau hati yang luka, ambil masa2 bertahun2.. Silap2, langsung tak sembuh pun..


Sebagai langkah kalau tak nak hati kita disakiti begitu teruk sekali, kita kena la jual mahal =).. Layan orang yang nak pikat kita tu, nak tak nak je.. Kalau orang tu betul2 ikhlas nak kenal dan kawan dengan kita, dia akan bersabar dengan sikap kita.. Terima apa jua sikap kita.. Betul tak?? Kita janganlah mudah menunjukkan perasaan sebenar kita kat orang tu.. Kena ambil masa yang lama untuk kenal hati budi dia.. Orang yang nampak innocent nie la yang paling bahaya.. Pandai nak menipu orang dengan muka baik dia.. 


Kita janganlah terburu-buru dalam menjalinkan hubungan yang serius.. Lagi2 dengan orang yang baru kita kenal.. Tak kisah la kenal kat laman sosial, kawan baik kita yang kenalkan dan bermacam2 cara lagi.. Buruk padah nye kalau kita tersilap langkah.. Biarlah kita mengambil masa yang lama untuk berfikir dan bertindak agar kita tidak mudah diperdaya dan ditipu.. Don't judge the book by its cover.. 


Dengan satu tindakan yang bijak, kita tidak akan berasa sakit hati =).. Kesimpulannya, wajib jual mahal.. Betul tak??







P/S: Ibaratkan hati semahal emas nie tau.. Jagalah hati anda baik2 sehingga anda benar2 temui pemilik hati anda yang betul2 ikhlas menerima diri anda kerana Allah =)





Selasa, 23 Oktober 2012

Insya Allah jodoh akan datang =)







Ku menunggu =)




Assalamualaikum.. Tadi baru je stalker blog Yuyu nie.. Aku baru je jadi follower dia.. Ramai yang dah lama jadi follower dia, aku baru je nak ikut gak jadi follower.. Hehe.. Agak ketinggalan kereta api betul aku nie.. Aku tertarik sebenarnye dengan topik yang Yuyu post kat blog.. Pasal tips untuk mendapat pasangan yang kekal : http://kupukupukecik.blogspot.com/2011/04/tips-untuk-mendapat-pasangan-yang-kekal.html#.UIZMW2_A_Bk


Semua yang dia bagitau, aku rasa semua nye betul, benar lagi bernas =).. So, aku pun berazam untuk mengikut tips adik Yuyu yang comel nie.. Tak salah kita berubah untuk kebaikan.. Keyword untuk dapat jodoh yang baik adalah berubah ke arah kebaikan.. Mendekatkan diri kita kepada Allah.. Mengenai nawaitu kita, kena la betul sebenarnye.. Nawaitu kita kadang2 negatif dari awal2 perkenalan, macam mana nak kekal ke alam perkahwinan kan?? Kena ubah nawaitu kita.. Apa-apa pun, Allah S.W.T paling penting dalam segala urusan =) Mohon la supaya dapat jodoh yang baik..


Lagi satu, kita berbuat baik kepada kedua ibu bapa.. Dengar nasihat dan pandangan diaorang.. Aku pun bukan anak yang baik sebenarnye.. So, lepas nie insya allah, aku akan berubah menjadi anak dan hamba Allah yang lebih baik daripada sekarang.. 


Selain ibu bapa, buat baik kat orang lain gak.. Kalo boleh, jangan sakiti hati sesiapa pun.. Agak susah sebenarnye untuk kita tak sakiti hati orang lain.. Yela, kadang2 kita tak sedar ape yang kita dah cakap tu sebenarnye buat orang lain terasa.. Kepada sesiapa yang mengenali aku (ade ke??), kalo aku ade buat salah dan silap, buat korang terasa (yela, mulut aku nie jenis tak de insurans), aku mohon ampun dan maaf ek.. "Peace, no war" (tiba2 lak mereng, cian.. Hehe)



P/S: Post nie hanya pendapat peribadi aku semata-mata =)