Assalamualaikum.. Hai.. Nak tanya la, bibir korang ade tak kering sejak kebelakangan nie?? Macam aku, bibir agak kering and merekah.. Agak pelik sebenarnye, macam mana leh jadi ek?? Apa punca-punca nye?? Aku merajinkan lah diri untuk search pasal nie.. Yela, sambil tu nak update blog la konon2 nye.. Haha.. Ade ke yang sudi nak baca?? Just nak share la info =) Bila dh tau punca2 bibir kering, leh la elakkan daripada berulang kan.. Let's check it out
Punca-punca bibir kering:
Pencemaran udara dan debu
Perubahan suhu membuat bibir pecah
Makanan yang terlalu masam atau masin
Merokok (tidak pernah aku lakukan, tapi bibir kering gak)
Kurangnya makan buah atau sayuran (macam aku la tu, hehe )
Kurang minum air kosong (betul rasa nye coz aku minum air kurang dar 2 liter)
Bahan kosmetik seperti gincu yang mengandungi kimia
Kecenderungan menjilat bibir menjadikan ia lebih kering (tabiat yang aku suka buat :P)
Cara untuk mengatasi:
Gunakan pelembap bibir sebelum tidur
Sinar matahari juga menyebabkan bibir kering. Elakkan berada di bawah terik matahari terlalu lama. Kalau terpaksa, gunakan pelembap bibir dengan pelindung sinar matahari
Sebelum membeli gincu, perhatikan kandungannya. Pilih yang ada kandungan pelembap
Minum banyak air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari
Pilih sayur dan buah yang mengandungi vitamin C, B, E dan mineral
Jauhi rokok kerana kandungan kimianya menyebabkan bibir hitam
Sapukan madu sebelum tidur
Urut lembut bibir dengan minyak zaitun bagi melancarkan peredaran darah
Sapu mentega pada bibir sebelum tidur bagi mengekalkan tahap kelembapan
Jangan menjilat bibir
Aku nak try la cara2 kat atas nie.. Untuk korang yang mengalami masalah sama macam aku, cuba la cara2 kat atas nie.. Good luck ek =)
Klik kat sini untuk baca lebih lanjut :
http://www.hmetro.com.my/articles/Bibirmerekahtandajangkitanvirus/Article
Tiada ulasan:
Catat Ulasan