Halaman

Ahad, 14 Oktober 2012

Nape bibir kering??



Assalamualaikum.. Hai.. Nak tanya la, bibir korang ade tak kering sejak kebelakangan nie?? Macam aku, bibir agak kering and merekah.. Agak pelik sebenarnye, macam mana leh jadi ek?? Apa punca-punca nye?? Aku merajinkan lah diri untuk search pasal nie.. Yela, sambil tu nak update blog la konon2 nye.. Haha.. Ade ke yang sudi nak baca?? Just nak share la info =) Bila dh tau punca2 bibir kering, leh la elakkan daripada berulang kan.. Let's check it out



Punca-punca bibir kering:


  • Pencemaran udara dan debu 
  • Perubahan suhu membuat bibir pecah 
  • Makanan yang terlalu masam atau masin 
  • Merokok (tidak pernah aku lakukan, tapi bibir kering gak)
  • Kurangnya makan buah atau sayuran (macam aku la tu, hehe )
  • Kurang minum air kosong (betul rasa nye coz aku minum air kurang dar 2 liter)
  • Bahan kosmetik seperti gincu yang mengandungi kimia 
  • Kecenderungan menjilat bibir menjadikan ia lebih kering (tabiat yang aku suka buat :P)                     





  • Cara untuk mengatasi:

  • Gunakan pelembap bibir sebelum tidur 
  • Sinar matahari juga menyebabkan bibir kering. Elakkan berada di bawah terik matahari terlalu lama. Kalau terpaksa, gunakan pelembap bibir dengan pelindung sinar matahari 
  • Sebelum membeli gincu, perhatikan kandungannya. Pilih yang ada kandungan pelembap
  • Minum banyak air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari 
  • Pilih sayur dan buah yang mengandungi vitamin C, B, E dan mineral 
  • Jauhi rokok kerana kandungan kimianya menyebabkan bibir hitam 
  • Sapukan madu sebelum tidur 
  • Urut lembut bibir dengan minyak zaitun bagi melancarkan peredaran darah
  • Sapu mentega pada bibir sebelum tidur bagi mengekalkan tahap kelembapan 
  • Jangan menjilat bibir



  • Aku nak try la cara2 kat atas nie.. Untuk korang yang mengalami masalah sama macam aku, cuba la cara2 kat atas nie.. Good luck ek =)



    Klik kat sini untuk baca lebih lanjut :

    http://www.hmetro.com.my/articles/Bibirmerekahtandajangkitanvirus/Article





    Khamis, 11 Oktober 2012

    Pelupusan ayat-ayat suci Al-Quran



    Assalamualaikum.. Aku nk wat dua post sekali hari nie.. Pernah dengar x mengenai cara-cara nak lupuskan ayat Al-Quran nie.. Tadi aku cari info pasal nie.. Dah lama sebenarnye nak cari.. Baru hari nie teringat.. Ish2, macam la byk sgt masalah negara nk kena fikir kan?? Hari nie la baru sibuk nak cari.. Cian kat mak aku.. Dia dah lama suh anak2 dia tengok kat tenet, cari la segala maklumat pasal alamat, harga sume la.. Rasa2 nye korang pun maybe dah tau.. Or yg belum tau, aku nak share.. Sharing is caring =).. Kita x leh nk lupuskan ayat2 Al-Quran nie sembarangan je.. Kna tau cara2 yg betul.. So, lebih afdal la kita cari je agensi yg bertauliah untuk lupuskan ayat2 Al-Quran.. Lagi senang macam tu kan?? Ok la, daripada aku pot pet pot pet je, kat sini link nye..Korang leh la tgk.. Hehe

    Pusat pelupusan ayat-ayat Al-Quran:
    http://lupusquran.blogspot.com/2012_03_01_archive.html

    Sabtu, 6 Oktober 2012

    Menabung untuk masa depan =)



    Assalamualaikum.. Hari nie tergerak lak nak tulis mengenai menabung.. Ala, bosan je kan topik camni.. Hehe.. X pe la, saje aku nk share pendapat aku pasal menabung nie.. Mesti ramai yg ade simpanan sendiri kan?? X kisah la kat bank ke, ASNB ke, kat rumah (dalam tabung, dalam almari, bawah tilam dan sebagai nye).. Bagus kan kalo ade simpanan sendiri.. Time kecemasan leh guna duit tu.. Time kawin ke?? *--* Ish2.. Gatal sungguh.. Bagi yang dah bekerja, mesti korang x de masalah untuk menabung kan?? Yela, pas dah tolak duit untuk bayar kereta, rumah sewa, duit minyak, duit mkn.. At least,dlm sebulan mesti korang leh simpan lebih drp RM 50 kan?? Masuk dlm ASNB, dlm setahun dpt la dividen nye.. Leh la kuar kan, beli ape yg patut.. Kalo student, masalah ckit la nk menabung nie.. Tapi korang pun blh menyimpan gak.. No problem.. Korang leh simpan duit syiling dalam tabung yg comel.. Duit syiling tu nak dpt dari mana ek?? Jatuh dari langit ke?? Hehe.. Mengarut sungguh aku nie.. Maksud aku, duit syiling itu adalah baki daripada belanja korang.. Katakanlah, hari nie korang beli nasi bungkus.. Ade balance dalam 50 sen, 50 sen tu la korang masuk dalam tabung.. Memang la ckit kan?? Tapi, ckit2 pun leh jadi banyak tau.. Kalo kita simpan duit syiling, tak terasa pun hilangnye duit tu.. Berbanding nak simpan RM 1,2 atau RM 5.. Kita rasa agak susah kan nak simpan?? Korang try la menabung duit syiling start dari hari nie.. Lama2 jadi banyak gak.. X rugi pun.. "Selamat menabung =) "





    Khamis, 4 Oktober 2012

    Tips untuk menangani stress



    Assalamualaikum semua. Rasa2 nye, setiap hari kita akan berada dalam keadaan stress. Tak kira la sama ada time bekerja, study, kat jalan raya, even kat rumah pun kadang2 stress memanjang. Apa kata korang cuba tip2 kat bawah nie. Mudah2an, kurang sikit tekanan. Janganlah asyik nak berkerut je muka tu. Nanti x comel lak. Hehe. Keep smile ;)


    1. Senyum =)

    Tekanan dapat dikurangkan apabila kita senyum =)


    2. Bersendirian

    Ambil sedikit masa bersendirian untuk mencari ketenangan dan berfikir secara positif.


    3. Bertenang

    Tarik nafas dalam2 dan hembus. Insya allah, stress dapat dikurangkan.


    4.  Ingatlah pada Allah

    Buat suruhan Allah dan meninggalkan larangan Nya.


    5. Bersikap ceria

    Ingatlah bahawa, hidup kita di dunia ini hanya lah sementara. So, enjoy your life as long tak melanggar syariat Islam ye..






    Nak lagi tip2 untuk tangani stress, klik di sini:
    http://pakarhowto.com/cara-bagaimana/10-cara-menangani-stress.html





    Selasa, 2 Oktober 2012

    Jom kenali personaliti melalui warna kegemaran




    1. Pink (merah jambu)

    Lambang feminin. Gadis yang gemarkan warna ini sangat sweet, sensitif, lembut, dan gemarkan gaya keperempuanan. Gemar berfesyen dan suka nampak cantik. Walaupun nampak lembut, tapi tak gentar pada cabaran.



    2. Hijau

    Tidak hanya melambangkan kesegaran. Hijau berupaya menenangkan perasaan dan jiwa seseorang. Gadis yang menyukai warna hijau sukakan keamanan, tidak mudah panik dan tenang. Mudah didekati walau sedikit pendiam dan pemalu.



    3. Merah

    Tanda cinta dan simbol keberanian. Gadis yang suka warna merah memiliki personaliti yang menarik tetapi sukar dijangka. Sifat ingin mencuba dan berani memang mudah dilihat dalam diri mereka. Mereka juga memiliki sifat anggun dan seksi semulajadi.



    4. Kuning

    Senyuman dan gelak tawa cukup sinonim dengan gadis yang gemar warna kuning. Mereka jarang berwajah muram, sentiasa ceria, happy go lucky dan easy going. Mereka juga suka membuat orang lain ketawa.



    Klik di sini untuk lihat lebih lanjut:
    http://www.eh.com.my/fokus/fesyen/kenali-karakter-melalui-warna-kegemaran#4