Halaman

Jumaat, 21 September 2012

Perwatakan melalui jenis darah


Nak tau x cm mn perwatakan korg mengikut jenis darah?? Jom baca kat bwh nie.. 


  • Darah O
Seorang yang setia, sabar, dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Darah O juga bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang dilakukan terutama kerja berkumpulan. Individu ini juga akan berusaha untuk mencapai matlamat dalam apa cara sekalipun sekiranya menginginkan sesuatu. Darah O juga cemburu orangnya. Selain itu juga, sangat serius dalam persaingan sehingga menyebabkan stress kepada diri sendiri.

  • Darah A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat individu ini. Mereka gemar kerja2 berkumpulan dan gemar terlibat dalam persatuan. Bijak bergaul dengan orang sekeliling dan orang di samping mereka berasa senang untuk bekerjasama. Mempunyai sifat sensitif, sabar dan bertimbang rasa. Namun ada kalanya agak degil dan kuat bekerja sampai tak cukup rehat.

  • Darah B
Sempoi dan sederhana. Dalam perhubungan pula, terlalu jujur dan gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Kreatif, fleksible, dan mudah meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun golongan kelompok tertentu. Kadangkala boleh menyebabkan masalah kerana individu ini gemar berdikari dan tidak suka meminta tolong.

  • Darah AB
Tenang, bijak mengawal situasi dan menghormati orang lain. Sikap humor semulajadi yang ada dalam diri mereka menyebabkan mereka bersikap menghiburkan dan ceria. Perlu berani dan bijak membuat keputusan sendiri.

Tiada ulasan: